Pendidikan yang berkualiti akan membentuk pemikiran yang sihat dan mendidik manusia untuk berfikir dengan rasional selain dari melahirkan manusia yang memahami erti kemerdekaan seterusnya manjadikan mereka rakyat yang bertanggungjawab dan cinta kepada negara. Secara tidak langsung, pendidikan memberi pengaruh yang besar terhadap pembangunan negara.
Melalui pendidikan kemahiran yang disediakan oleh kerajaan, rakyat menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam menghasilkan dan meningkatkan produktiviti dalam pengeluaran hasil ekonomi.
Pendidikan sukan dan jasmanimemberi sumbangan terbesar dalam pembangunan ekonomi. Pendidikan sukan dan jasmani yang diadakan di peringkat sekolah berjaya mencungkil bakat dan minat pelajar dalam bidang sukan seterusnya melahirkan atlet-atlet yang mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa. Proses ini akan membantu meningkatkan pembangunan pelancongan sukan apabila atlet-atlet luar negara datang ke Malaysia ketika kejohanan sukan diadakan.
Pendidikan memberi kesedaran kepada masyarakat tentang akhlak mulia dan hidup mengikut ajaran agama. Tambahan pula populasi rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan agama akan mencetuskan ketidakharmonian dan perselisihan sekiranya masyarakat tidak dididik dengan sebaiknya. Justeru, pendidikan amat penting untuk menjamin kesejahteraan, keharmonian, keselamatan dan memberi kesedaran kepada masyarakat dalam memupuk perpaduan antara kaum dan menghormati agama masing-masing.
Ini dapat dilihat dengan pelbagai kempen dan program tentang penjagaan kesihatan yang diwar-warkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Dengan terjaganya kesihatan, kehidupan masyarakat akan lebih berkualiti dan kadar kematian menurun.
Fakhruddin0803
Copyright © 2023 Fakhruddin0803 - All Rights Reserved.
Powered by GoDaddy Website Builder
We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.